Walimatul Urus 1  

Posted by: Fakhrul Zakry in

Definisi perkahwinan

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Perkahwinan adalah peraturan Allah Swt untuk menyekat pergaulan bebas dia antara lelaki dan perempuan yang boleh membawa kepada perbuatan zina.



Matlamat perkahwinan

Diantara matlamat perkahwinan dalam Islam adalah:



1. Mendapat kemulian dari Islam dengan perkahwinan.

Diantara perkara yang menunujukkan Islam memuliakan manusia dengan perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah.

Nabi bersabda:

Maksudnya: Hubungan kelamin yang dilakukan oleh seseorang kamu mendapat pahala.

Para sahabat bertanya: “Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala?’’

Lalu Nabi menjawab:

Maksudnya: Ya, Apa kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pada yang haram(tentunya mendapat dosa)? (mrfakhrul.blogspot.com)Demikian juga sebaliknya apabila seseorang tu melepaskan pada yang halal, dia akan mendapat pahala.(HR Muslim)

Begitu juga Allah membantu kepada mereka yg ingin berkahwin. Nabi bersabda:

Maksudnya: Tiga Golongan yang Allah pasti tolong mereka:

-salah satunya- orang yang bernikah kerana ingin menjaga dirinya dari maksiat. (HR Tirmizi)

2.Mencari ketenangan dan kebahagian dalam perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Diantara tanda-tanda kekuasaannya menjadi pasanganmu dari kalanganmu sendiri supaya(mrfakhrul.blogspot.com) kamu cenderung hati padanya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri...(Al-Rom: 21)

Nabi bersabda:

Maksudnya: Empat dari kebahagian:

-diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)

3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yg berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yang halal.

Nabi bersabda:

Maksudnya: Apabila seseorang kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya.(HR MUslim)

Ibnu Masud berkata berkata (mrfakhrul.blogspot.com)ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku..sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dalam keadaan aku bujang.

5. Membina generasi yang gemilang.

Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin,dengan itu dapat memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dgn umat yang banyak pada hari kiamat.


Maksud walimatul urus

W

alimatul Urus ialah kenduri sempena perkahwinan. Islam menggalakkan umatnya mengadakan kenduri sama ada pada hari upacara akad nikah atau selepasnya untuk melahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan.

W

alimah atau kenduri adalah diharuskan di dalam Islam. Ia diadakan bertujuan untuk menjamu orang ramai, khususnya kaum fakir miskin. Ia juga bertujuan untuk menghebahkan . Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Apabila kamu diundang menghadiri majlis kahwin hendaklah kamu menghadirinya.”(Bukhari Muslim)




--------PESANAN--------

//adalah TIDAK dibenarkan kepada sesiapa untuk melakukan "plagiarism*" atau (copy and paste) terhadap artikel dah hasil pengolahan yang dibuat oleh SAYA berdasarkan sumber YANG DICARI di internet, anda boleh mengambil ini sebagai sumber kajian, namun diharap anda mampu melakukan pengolahan atau "paraphrase' mengikut idea anda tersendiri. Jika anda mengambil ini 100% sebagai assignment anda, fikirkan dahulu keberkatanNya sepanjang hidup anda. Berkatkan ilmu di dada anda. hihihi



*plagiarism by students is a very serious offense that can result in punishments such as a failing grade on the particular assignment (typically at the high school level) or for the course (typically at the college or university level). For cases of repeated plagiarism, or for cases in which a student commits severe plagiarism (e.g., submitting a copied piece of writing as his or her own work), a student may be suspended or expelled. Many students feel pressured to complete papers well and quickly, and with the accessibility of new technology (the Internet) students can plagiarize by copying and pasting information from other sources.


This entry was posted on Saturday, May 23, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting