Walimatul Urus 2  

Posted by: Fakhrul Zakry in

Hukum walimatul urus





v Sunat muakkad.*



v Hukum menghadiri jemputan Walimatul Urus adalah wajib jika tidak keuzuran.



*Sunat muakkad adalah sunat yang dituntut.





Tujuan Walimatul Urus



v Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang(mrfakhrul.blogspot.com) sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.



v Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:



Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)



v Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada(mrfakhrul.blogspot.com) kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.



v Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:



1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.



2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.


3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah Subhanahu wataala.



4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.



Syarat Menghadiri Walimatul Urus



v Orang yang menjemput itu Islam dan mukallaf.



v Orang yang dijemput juga beragama Islam



v Kenduri itu tidak (mrfakhrul.blogspot.com)menggunakan wang atau harta haram sebagai perbelanjaannya.(duit judi, duit rompakan)



v Yang dijemput itu tidak menerima jemputan bertembung pada masa dan hari yang sama. Jika bertembung, maka jemputan yang terdekat (sebagai ahli keluarga atau tempat) didahulukan.

v Kenduri itu tidak membezakan antara kaya dan miskin.

v Tidak ada perkara-perkara khurafat atau maksiat di dalamnya.







Adab walimatul urus



v Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai.



v Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri.



v Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara(mrfakhrul.blogspot.com) tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.













Hikmah walimatul urus





v Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga.



v Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.



v Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin.



v Mengistiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.



v Mengeratkan hubungan silatulrahim.



v Sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat jodoh.



v Wujud sifat tolong-menolong.



v Dapat mengelakkan fitnah kepada pasangan tersebut.


Dalil Quran & Dalil Hadis

1. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Apabila kamu diundang menghadiri majlis kahwin hendaklah kamu menghadirinya.”(Bukhari Muslim)



2. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.



3. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang. Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.



4. Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Ertinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang.(mrfakhrul.blogspot.com) Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).



5. Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."



--------PESANAN--------

//adalah TIDAK dibenarkan kepada sesiapa untuk melakukan "plagiarism*" atau (copy and paste) terhadap artikel dah hasil pengolahan yang dibuat oleh SAYA berdasarkan sumber YANG DICARI di internet, anda boleh mengambil ini sebagai sumber kajian, namun diharap anda mampu melakukan pengolahan atau "paraphrase' mengikut idea anda tersendiri. Jika anda mengambil ini 100% sebagai assignment anda, fikirkan dahulu keberkatanNya sepanjang hidup anda. Berkatkan ilmu di dada anda. hihihi





*plagiarism by students is a very serious offense that can result in punishments such as a failing grade on the particular assignment (typically at the high school level) or for the course (typically at the college or university level). For cases of repeated plagiarism, or for cases in which a student commits severe plagiarism (e.g., submitting a copied piece of writing as his or her own work), a student may be suspended or expelled. Many students feel pressured to complete papers well and quickly, and with the accessibility of new technology (the Internet) students can plagiarize by copying and pasting information from other sources.

This entry was posted on Saturday, May 23, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting