Tragedi 1 Aidiladha...  

Posted by: Fakhrul Zakry in

pagi itu.. aku bangun lewat.. mungin pada pukul 9.00 pagi.. dan aku tidak pergi sembahyang raya AidilAdha.. bangun.. aku terus ke bilik air mandi dan bersiap.... pukul 10 pagi.. aku menaiki Mitsubishi pajero dengan k.long dan la.. mereka ini adalah kakakku... setelah selesai pergi ke rumah nenek belah emak.. aku dan kakakku bertolak ke rumah datuk belah ayah aku dan pajero dibawa oleh k.longku.. ketika perjalanan awalnya.. aku tidak merasa apa-apa yang terjadi.. dan sampailah kakak aku berhenti dan kakakku nabila, membawa pajero kerana dia masih belum pernah membawa pajero ke rumah datukku di Tanjung Sabtu, Manir. ketika dalam perjalanan.. aku masih lagi ingat.. kelajuan tidaklah begitu laju.. tapi dengan keadaan jalan yang licin.. ia turut sedikit sebanyak melajukan kenderaan yang dipandu kakakku.. ketika di selekoh.. dan dikala itu.. permukaan jalan amat licin, dan aku teringat lagi.. ketika melalui selekoh, kenderaan yang aku naiki tidak dapat dikawal.. kerana ada motor yang lalu di hadapan.. kakakku mengelak dan aku masih ingat ketika itu.. pajeroku melanggar pokok... cermin depan pecah terburai.. engin berasap tidak berhenti.. bunyi dentumannya yang kuat.. tiang elektrik patah dilanggar pajero ku.. "current" elektrik bagaikan kilat didepan mataku.. aku terpana.. kurasakan bagai nyawaku terlalu hujung....aaku cuba bangun dan tersekat dengan seatbeltku.. aku membuka seatbeltku.. aku cuba membuka pintu.. pintu terkunci.. aku tarik kunci dan cuba sekali lagi.. berat untuk aku menolak pintu itu .. tetapi tidak boleh, kemudian aku terpandang kakak sulongku menjerit memanggil nama kakakku .. "la!!!!!!!!!...la!!!!!!!!!!..............la...!!!",aku memandang kakakku di sebelah.. MasyaAllah... adakah kakak aku pengsan atau tercedera parah... lantas aku menarik kakak aku.. aku memanggil namanya.. dan aku terpaksa menggunakan semua daya kudrat yang aku ada untuk membuka pintu... alhamdulilah.. pintu dapat dibuka.. kaki kakakku tersepit di bawah dan setelah menerajangperkakas di bawah stereng.. akhir nya dapat keluar.. aku segera menarik kakakku keluar.. kemudian kakak sulongku keluar... dengan kepulan asap yg mengerunkan.. dengan kaca-kaca cermin yang pecah.. aku sedaya upaya ingin menyelamatkan kakak-kakakku.. dikala itu.. tiada lagi yang bermain di mindaku.. HIDUP atau MATI.. tiada lagi aku fikirkan tentang dompetku.. beg Levi's ku.. handfoneku... ohh.. sesungguhnya aku sayang semua ahli keluargaku.. aku menangis ketika keluar.. aku takut sbb tgk ada luka-luka yang berdarah.. kakakku, nabila luka di bahagian telinga dan sesetengah tempat di kaki dan tangan... aku takut ada kecederaan di kepala..alhamdulilah.. hanya luka kecil.. kakak sulongku pula cedera dalaman di kakinya.. dan aku hanya cedera di tangan ketika mencuba menolak pintu dan membantu kakakku keluar.. aku tidak kisah akan hal itu.. aku tidak kisah untuk kehilangan sebelah tanganku asalkan kakakku dapat diselamatkan.. itu yang aku tahu.. kemudia.. semua orang berkerumun di sekitarku.. takut untuk mendekati pacuan empat roda yang berlanggar.. semua dipaksa berundur.. dengan kepulan asap.. dengan engine yang tidak dapat dimatikan... semua bisa berlaku.. letupan! ia.. itu mungkin berlaku.. namun, syukur Ke hadrat Allah.. semua nya selamat.. ada hamba Allah SWT yang membantu memberanikan diri menutup suiz kenderaan dikala aku dan kakakku meratap melihat apa yang terjadi.. sesungguhnya ini adalah yang pertama didalam hidupku.. biarpun dulu aku pernah accident.. tapi tidak seteruk ini.. seketika itu, kakak sulongku menyuruh aku mengatakan kepada ayahku bahawa dia yang membawa kereta.. biarpun kakak sulongku tahu akan risiko yang ditanggung.. dikala itu.. aku menangis.. aku tak mampu berkata apa-apa.. adakah ini satu pengorbanan kakakku.. aku kenal ayah aku.. dan aku takut.. akan terguris nya hatinya nanti... abang sayang kak long... abang sayang la.... selepas itu, aku meminjam telefon pakcik yang berhati mulia di tempat kejadian untuk menelefon ayahku... ayahku terkejut dan hanya menyangka berlanggar biasa-biasa sahaja.. kemudia ayahku sampai.. ayahku menelefon abangku dan adik-adiknya.. semua datang.. kemudia abangku menyelamatkan semua yang tertinggal didalam kenderaan.. ;handfone, beg duit, selipar.. sungguh aku takut akan tindakannya... kerana aku tahu bahaya nya... dengan tiang elektrik yang patah.. apa-apa saja boleh berlaku... kakakku, nabila dibawa ke hospital untuk pemeriksaan atas lukanya.. dan aku hanya menolak permintaan mereka untuk membawaku ke hospital kerana aku dapat merasakan aku hanya luka ringan.. kemudian, aku pergi ke Balai Polis trafik menemani kakak sulongku untuk membuat keterangan ... aku tahu akan perasaannya... berdebar... dan aku jua turut merasakannya... trauma yang boleh meragut nyawa itu masih lagi berlegar-legar di fikiranku.. dan aku hanya bersyukur kepada Allah Swt kerana masih memanjangkan umur kami sekeluarga.. tidak dapat kubayangkan andai salah seorang daripada aku pergi... andai diberi pilihan perlu ada yang pergi.. biarlah aku.. aku rela Ya Allah... ketika on da way balik rumah.. aku geram dengan sikap ayah aku yang bercakap ala-ala perli kepada kakak sulongku... aku tau bukan kakak sulongku yg memandu.. tp.. jika kakakku nabila mengaku pun.. dia tidak sepatutnya memerli disaat seseorang yang baru sahaja terlepas dari maut. Ya Allah... kenapa jadi begini yang Allah.. aku tak pasti.. adakah ayah aku hanya mementingkan hartanya..? kenapa ini terjadi?.. tidakkah dia tahu bahawa harta boleh dicari dan aku tahu.. ayah aku mampu untuk membayar semua cost accident itu. akibat tidak tahan dengan perlian ayahku.. kakakku menangis... dan aku juga tidak mampu untuk mendengar dan melihat kakakku menangis... aku turut menangis dalam diam... geram.. benci.. semua bertakhta dihatiku!. kenapa papa jadi macamni.. perlu ada yang mati baru papa puas? baru papa rasa berbaloi dengan accident tu? macamtu ke papa? kemudian, ayahku bercadang untuk ke rumah dato' apa ntah kawannya.. ketika ayahku berhenti untuk memberi kunci rumah kepada adikku yang menaiki kereta adik ayahku..kakakku memberitahu untuk terus balik.. dan aku terdiam.. biarpun rasa geram dan marah bersarang dihatiku.. lantas aku mengingati kepada Allah S.W.t.. sayu hati ini.. mungkin semua ini ada hikmahnya.. apa kekayaan yang keluarga aku miliki ini dapat membayar harga sebuah nyawa? entah.. aku tak mampu lagi berfikir... berfikir hanya membuatkan aku menanam perasaan benci! dendam! dan geram!... kemudian.. ketika sampai di rumah.. abangku memberitahu kepada ayahku bahawa bukan kakak sulongku yang memandu.. tapi kakak ketigaku, nabila.. ayahku terpana.. terdiam... ketika dia memanggil kakakku.. kakakku berpura-pura tidur.. biarlah.. ingin dia lupakan perkara yang lepas... dan aku.. aku hanya berharap agar tuhan memanjangkan umur ibu bapaku.. adik beradikku.. diriku.. kawan-kawanku.. pengajarku.. dan seluruh umat Islam.. dan moga Allah Swt memberkati keluargaku... ya Allah.. moga keluargu dan aku dirahmati dengan kebaikkan mu ya Allah.. Syukur kepada mu ya Allah aku masih mampu hidup di bumi pinjamanmu ini.. sesungguhnya ini telah membuktikan bahawa aku mampu mati tanpa diduga.. Ya Allah.. terima kasih ya Allah kerana berikan aku peluang untuk berubah... terma Kasih Ya Allah.. antara gambar-gambar accident:

This entry was posted on Monday, December 08, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting