Amah ! Penyegat? Pembunuh? Pembantu?  

Posted by: Fakhrul Zakry in






Pembantu rumah suka timbulkan 1,001 masalah dan konflik suami isteri

MENGIKUT statistik Jabatan Imigresen, sehingga Jun 2008 seramai 256,097 warga asing bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini. Ini bermakna 300,00 keluarga mempunyai pembantu rumah kerana mengikut syarat satu keluarga boleh mengambil seorang pembantu rumah saja.

Felo Kanan Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman, berkata sukar untuk menentukan peratusan sebenar keluarga di negara ini yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah kerana tiada perangkaan yang tepat mengenai keluarga yang memilikinya.


Kebaikan ada pembantu rumah

  • Bantuan domestik 24 jam
  • Pergerakan ke pejabat pada waktu pagi lebih mudah.
  • Rumah yang kemas dan bersih akan memberi ketenangan minda kepada keluarga.
  • Kain dan pakaian keluarga diuruskan dengan baik.
  • Memudahkan kerja memasak.
  • Masa dan tenaga berbaki kerana banyak bebanan kerja rumah sudah diringankan pembantu rumah dan masa yang ada boleh diluangkan dengan ahli keluarga.
  • Anak dan bayi dapat perhatian khusus daripada penjaga.
  • Anak tidak terdedah kepada penyakit berjangkit yang selalu diperoleh di pusat jagaan harian seperti demam, selesema dan batuk.


Keburukan

  • Kos permulaan yang tinggi

  • Tiada jaminan mendapat pembantu rumah yang baik dan benar-benar cepat membuat kerja. Ini satu perjudian.

  • Ada pasangan berasa tidak selesa atau hilang privasi dengan kehadiran orang luar dalam rumah mereka.

  • Jika anak belum boleh bercakap mereka mungkin terdedah kepada salah laku atau penderaan oleh pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab.

  • Pembantu rumah asing kurang berpengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak.

  • Pembantu rumah asing boleh memberi pengaruh yang buruk kepada anak-anak dari segi pertuturan dan tingkah laku.

  • Anak-anak dijaga pembantu rumah mempunyai peluang terhad berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

  • Kebergantungan keterlaluan kepada pembantu rumah menghilangkan peluang anak berdikari dan belajar kemahiran hidup.

  • Kebergantungan yang tinggi menyebabkan anak-anak rapat dengan pembantu rumah berbanding ibu bapa masing-masing.



  • amah atau lebih kasar dilabel kepada MAKCIK/AKAK/IBU INDONONESIA yang bekerja as maid


    sumber: bharian.com.my

    This entry was posted on Monday, June 01, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

    0 ciuman

    Post a Comment

    Advertisement











    Super Spy


    advertisement



    Malaysia Web Hosting