PERTALIAN DI ANTARA JIN DAN MANUSIA 1  

Posted by: Fakhrul Zakry in

Diploma in Computer Science

CS110

Assignment 1

PERTALIAN DI ANTARA JIN DAN MANUSIA

Prepared For:

Ustaz Abdul Aziz B. Harjin



Date of Submission:

4th February 2009



Prepared By:

Mohamad Asrafudin Fakhrullah



Matric No. : 20084XXXXX

Group : CSD2Bf

Course : CTU 151 (Islamic Thought and Civilization)


---------------------------------------------------------

Pengenalan Kepada Jin Dan Manusia

Melalui surah Al-Baqarah:

"..Sesungguhnya aku menjadikan khalifah di muka bumi.."(Al-Baqarah, 2:30)

Yakni, Allah menjadikan Adam sebagai khalifah di bumi, dan sesungguhnya Allah bermaksud memuliakan Adam A.S dengan firmannya kepada para malaikat:

"..Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis.."(Al-Baqarah,2:34)

Sudah tentu, hakikat yang dapat dilihat disini bahawa iblis ingkar terhadap perintah Allah SWT, iblis merasakan dirinya lebih hebat (mrfakhrul.blogspot.com)dan agung kerana dia diciptakan dari Api dan Adam A.s hanya diciptakan dari tanah. Disinilah bermulannya kemungkaran pertama berlaku di alam.

Namun, sehingga kini masih jarak diantara penciptaan Iblis dan Adam masih lagi tidak dapat dipastikan kerana terlalu banyak dalil. Namun, mengikut sumber; Usman dari Al- Amasy Bukair Bin Al Akhnas dari Rahman Bin Sabit Dari abdullah Bin Amr Bin Al- Ash R.a yang menerangkan:

"Allah menciptakan anak cucu jin 2000 tahun sebelum menjadikan Adam".

Melalui Surah Al-A'raf, Allah telah menjelaskan keengganan iblis untuk bersujud kepada Adam, Melalui firman-Nya:

"..Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu?"

maka, Iblis menjawab:

"Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Ayat ini menjelaskan bahawa iblis mengemukan alasan tentang diciptakannya dari api, sedang manusia diciptakan dari tanah. Disini kita dapat memahami bahawa(mrfakhrul.blogspot.com) jin mempunyai kehidupan yang lebih awal dari Adam. Dengan demikian, maka sejarah kehidupan iblis pun mendahului sejarah kehidupan Adam.
Melalui surat Adz- Dzariyat, Allah Berfirman:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahku".

Dalam ayat ini, Allah mendahulukan penyebutan jin, kemudia baru menyebut manusia. Hal ini menunjukkan tertib penciptaan, yakni, jin diciptakan terlebih dahulu daripada manusia.



Pengkajian terhadap ayat-ayat mulia ini menegaskan, bahawa Allah menciptakan jin terlebih dahulu, kemudian baru menciptakan manusia. Akan halnya jarak perciptaan di antara keduanya, maka tidaklah (mrfakhrul.blogspot.com)dapat ditentukan dan tidak diketahui. Bahkan, kita pun(mrfakhrul.blogspot.com) tidak pernah diarahkan untuk memikirkan sesuatu yang luar dan jauh dari tahap pemikiran dalam menentukan batas-batas waktu di alam yang jauh dan luas ini.

Manakala penciptaan manusia sebagai hamba mewujudkan hubungan antara manusia sebagai makhluk dengan Allah s.w.t yang telah menciptakannya sebagai khalik. Kesan daripada tujuan penciptaan manusia sebagai hamba ini ialah pengabdian. Manusia terikat dengan kewajipan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t, khalik yang telah menciptakannya. Rasa kebertanggungjawaban ini sentiasa wujud dalam sanubari manusia semenjak sebaik sahaja Adam dihidupkan di dalam syurga hinggalah ke hari ini dan akan berterusan hinggalah hari sejurus bermulanya kiamat.

Namun, walaupun manusia menyedari kewajipan mereka untuk mengabdi kepada Tuhannya, mereka tidak mengetahui bagaimanakah(mrfakhrul.blogspot.com) cara pengabdian itu harus dilakukan. Atas sebab itulah manusia menggunakan upaya akal budinya untuk mencari jalan bagi mengetahui bagaimanakah cara pengabdian itu harus dilakukan. Sepanjang perjalanan mencari menggunakan upaya akal budi ini akhirnya wujudlah kepercayaan-kepercayaan yang sering berbeza antara satu kaum, zaman, atau tempat dengan kaum, zaman atau tempat yang lain. Antara kepercayaan-kepercayaan yang berlainan ini, sudah tentu ada kepercayaan yang lebih menghampiri kebenaran tetapi tidak mungkin akan sampai atau menemui kebenaran sebenar itu kerana ia diperolehi menggunakan upaya akal budi yang juga d(mrfakhrul.blogspot.com)iciptakan dan dibekalkan bersama-sama manusia itu sendiri.

Maka atas sifat pengasih dan penyayang Allah s.w.t yang telah menciptakan itu, dan atas kuasa dan kehendakNya jua, maka diutuskanNya Rasul-Rasul untuk menerima, menyampai dan menerangkan Kitab-kitab yang mengandungi pedoman bagaimanakah tata cara pengabdian yang sebenarnya mesti dilakukan oleh manusia dalam melaksanakan kewajipan mengabdikan diri itu.

Sebagai makhluk yang diberi akal budi untuk berkesedaran, maka manusia bertanggungjawab ke atas dirinya untuk melaksanakan kewajipan mengabdikan atau menghambakan dirinya kepada khalik yang telah menciptakannya itu, iaitu Allah s.w.t. Justeru itu, apabila Rasul telah diu(mrfakhrul.blogspot.com)tus dan Kitab Suci telah diturunkan, manusia tidak berhak untuk mempersoalkan tentang segala yang ghaib, segala suruhan dan segala larangan yang disampaikan dalam kitab-kita suci itu; manusia wajib menerima bulat-bulat sebagai satu iman. Tujuan kedua penciptaan manusia ialah sebagai khalifah. Tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan antara manusia sebagai makhluk sempurna yang dibekalkan dengan akal budi, pemikiran dan kesempurnaan sifat tubuh badan, dengan makhluk-makhluk lain di alam semesta ini yang mengelilingi hidup dan kehidupan manusia serta menjadi persekitarannya.

Hal demikian itu menuntut manusia untuk menggunakan upaya akal budi dan kudrat yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t untuk me(mrfakhrul.blogspot.com)ngendalikan persekitarann(mrfakhrul.blogspot.com)ya di muka bumi. Dengan ayat lain, manusia berkewajipan untuk mentadbir persekitaran hidupnya di muka bumi, sesuai dengan kemajuan perkembangan cakerawala pemikirannya.

Oleh itu, manusia bertanggungjawab menggunakan upaya akal budi dan segala anugerah daripada Allah s.w.t kepadanya untuk kebaikan di muka bumi demi mewujudkan persekitaran yang harmoni, aman, rukun dan damai bagi membolehkan manusi(mrfakhrul.blogspot.com)a itu sendiri tenang dan khusyuk sepanjang masa melakukan ibadah khusus kepada Allah s.w.t. Sebagai menunjuk dan membuktikan sifat rahman dan rahim Allah s.w.t itu kepada manusia, maka segala usaha manusia menggunakan upaya akal budin(mrfakhrul.blogspot.com)ya dan tumpuan pemikirannya untuk mewujukan kebaikan di muka bumi, juga diambil kira sebagai ibadah am bagi manusia kepada tuhannya, iaitu sebahagian daripada cara mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan mematuhi segala suruhan dan larangan-Nya.

Dalam melaksanakan kewajipan sebagai khalifah iaitu tanggungjawab menggunakan upaya akal budi dan anugerah Allah kepadanya untuk mentadbir persekitarannya di muka bumi, manusia wajib pula berpandukan hukum-hukum yang diterangkan(mrfakhrul.blogspot.com) di dalam kitab-kitab suci yang telah diturunkan kepada Rasul-Rasul itu. Ini bermakna manusia bertanggungjawab mengkaji isi kandungan kitab-kitab suci itu sepanjang masa mengikut period kesahihannya, di samping menggunakan upaya akal budinya untuk mentafsirkan ayat-ayat Allah yang bersifat makhluk seperti langit dan bumi, bintang-bintang dan segala kejadian di alam semesta ini.

Untuk membolehkan manusia melaksanakan kewajipannya sebagai khalifah ini, Allah s.w.t telah bersikap adil terhadap manusia itu sendiri. Manusia pada zaman dahulu kala telah diberikan kekuatan fizikal yang(mrfakhrul.blogspot.com) tidak dimiliki oleh manusia pada hari ini. Demikian juga manusia pada hari ini telah diberikan kekuatan teknologi yang tidak dimiliki oleh manusia pada zaman dahulu kala. Kemajuan teknologi yang dimiliki manusia zaman ini terhasil sebagai natijah daripada aktiviti berfikir dan menggunakan akal budi yang disuruh kita melakukannya sebagaimana disebutkan dalam kitab suci al-Quran al-Karim berulang kali.

Jelas bahawa tanggungjawab menggunakan upaya akal budi untuk mengkaji ayat-ayat Allah s.w.t. sama ada yang berbentuk kalimat (kandungan kitab-kitab suci) atau bersifat material (dari sekecil nucleus,(mrfakhrul.blogspot.com) atom, sel, otot, benda, bumi, langit hinggalah sebesar dan seluas alam semesta) adalah satu kewajipan yang mesti laksanakan oleh manusia sebagai khalifah.

Jin adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT sebelum manusia. Mereka menghuni bumi dengan melalukan pelbagai kerosakan atas dasar kekuatannya. Oleh sebab itu Allah mengirimkan sepasukan dari langis untuk menghukum kebiadapan mereka. Maka, tatkala Allah ingin menciptaka Manusia, timbul kebimbangan di antara malaikat-malaikat. Mereka khuatir jika anak cucu Adam A.S mengikuti jejak langkah jin yang sesat. Ini disebabkan manusia dan jin diciptakan dengan keadaan membawa nafs(mrfakhrul.blogspot.com)u syahwat. Manusia pula diciptakan untuk dua tujuan; pertama sebagai hamba, dan kedua sebagai khalifah. Kedua-dua tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan, kewajipan dan tanggungjawab.

Tujuan pertama penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan menghamba atau mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Manusia tidak berhak mempersoalka(mrfakhrul.blogspot.com)n segala yang disuruh atau diperintahkan dan segala yang dilarang. Bahkan manusia bertanggungjawab memaksakan jasadnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Tujuan kedua penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan alam sekelilingnya sama ada yang berupa sesama manusia, haiwan, tumbuhan, bumi dan elemen-elemennya serta alam semesta dengan cakerawala-cakerawalanya yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan(mrfakhrul.blogspot.com) mentadbir muka bumi dan segala material yang membentuknya. Ini menuntut manusia supaya bertanggungjawab menggunakan upaya akal budinya untuk mengkaji ayat-ayat Allah yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan mentadbir muka bumi dengan sesungguhnya.


--------PESANAN--------

//adalah TIDAK dibenarkan kepada sesiapa untuk melakukan "plagiarism*" atau (copy and paste) terhadap artikel dah hasil pengolahan yang dibuat oleh SAYA berdasarkan sumber YANG DICARI di internet, anda boleh mengambil ini sebagai sumber kajian, namun diharap anda mampu melakukan pengolahan atau "paraphrase' mengikut idea anda tersendiri. Jika anda mengambil ini 100% sebagai assignment anda, fikirkan dahulu keberkatanNya sepanjang hidup anda. Berkatkan ilmu di dada anda. hihihi

*plagiarism by students is a very serious offense that can result in punishments such as a failing grade on the particular assignment (typically at the high school level) or for the course (typically at the college or university level). For cases of repeated plagiarism, or for cases in which a student commits severe plagiarism (e.g., submitting a copied piece of writing as his or her own work), a student may be suspended or expelled. Many students feel pressured to complete papers well and quickly, and with the accessibility of new technology (the Internet) students can plagiarize by copying and pasting information from other sources.



This entry was posted on Saturday, May 23, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting