Cabaran serius dalam mendidik generasi manusia masa kini  

Posted by: Fakhrul Zakry in

MUQADDIMAH

Generasi muda dalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:

Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan seb(mrfakhrul.blogspot.com)aik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.

( Riwayat Ahmad dan Abu Yu'la )

Generasi Muda seharusnya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa serin(mrfakhrul.blogspot.com)gkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Generasi Muda tidak seharusnya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya menginsafi diri dan berusaha menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

"… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan(mrfakhrul.blogspot.com) orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka."



Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية

" sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah."

Dan ingatlah kita bahawa Para Rasul dipuji oleh Allah (S.W.T.) kerana ketin(mrfakhrul.blogspot.com)ggian peribadi dan ketinggian akhlak mereka dalam menjalankan tugas berat mereka mendirikan agama-Nya supaya manusia mempunyai kepercayaan yang betul dan akhlak yang mulia. Demikianlah Nabi Muhammad (S.A.W.) mendapat pujian Allah (S.W.T.) seperti maksud ayat berikut:

"Sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung." (Al-Qur'an 68:4)

Hadith-hadith berikut menunjukkan betapa akhlak yang mulia diberi kedudukan yang amat tinggi dalam ajaran Islam kerana ia menandakan kesempurnaan iman dan kematangan beragama:

"Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang berima(mrfakhrul.blogspot.com)n pada hari kiamat nanti yang melebihi akhlak yang mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang berbuat keji dan berkata kotor. Orang yang berakhlak mulia pasti akan melebihi darjat orang yang menunaikan ibadah puasa dan sembahyang (semata-mata tanpa mempedulikan kebaikan akhlaknya)." (Hadith riwayat Ahmad)


"Sesungguhnya perbuatan maupun perkataan keji sama sekali bukan termasuk dalam ajaran Islam. Sesungguhnya kualiti Islam orang yang paling baik adalah orang yang paling mulia akhlaknya." (Hadith riwayat Al-Tirmidhi)

Masa kini, untuk membentuk generasi yang berkualiti amat sukar kerana merupakan cabaran serius dalam mendidik generasi manusia di zaman kini. Biarpun ianya adalah tanggungjawab kepada kita untuk untuk membentuk akhlak mulia , namun dalam usaha untuk mendidik generasi pelbagai rinta(mrfakhrul.blogspot.com)ngan dan cabaran terpaksa
dilalui. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang untuk kita mendidik generasi masa kini supaya mempunyai akhlak jati diri yang cemerlang.

Cabarannya meliputi cabaran dalaman dan cabaran luaran, dimana Firman Allah dalam

(Surah Aali Imran ayat 104):


Yang Bermaksud :

"Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik , serta melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya".


Cabaran Dalaman:

  1. Serangan Pemikiran


    Serangan pemikiran pada ahri ini sering kali menggugat generasi Islam hari ini dan Seluruh Dunia Islam. Dalam hal pentadbiran, barat kian melaungkan slogan sekular yang kini telah sering membataskan agama di tembat-tempat ibadat dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama di dalam usaha meperbaiki, merubah, membawa kemajuan kepada kearah pembentukan tamadun yang utuh dan berkualiti (فصل الدين عن الحياة).


    Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat. Dalam fokus ekonomi pula , barat sering kali mengecam dengan(mrfakhrul.blogspot.com) melaungkan dasar- dasar kapitalisme dan melalui bidang sosial barat kini melaksanakan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan dan ianya telah menjadi dasar pengharusan terhadap semua perkara. Bahkan ianya juga telah menjadi senjata untuk menyerang nilai-nilai murni , aklah dan agama. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan. Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan (فصل الدين عن الحكومة و الدول).


    Melalui kesan serangan pemikiran ini juga telah menyebabkan manusia kini bebas melakukan penindasan , penipuan, dan perkara yang boleh meruntuhkan akhlak kerana mereka tidak sesekali terikat dengan akidah ketuhanan.


  2. Lemah Jiwa

    Cabaran ini adalah antara cabaran yang paling hebat dan ketara yang harus kita kikis kerana seseorang individu itu akan dilanda kelemahan iman dan ianya akan terdedah kepada dosa, kesalahan dan penyelewengan akhlak. Ianya lebih ketara lagi jika mereka tewas dan terpaksa mengikut hawa nafsu jahat dan seringkali didampingi dengan suasana sekeliling yang dipenuhi dengan lautan bergelora hasad dan dengki.

    Di dalam Ihya Ulumuddin dimana Imam Ghazali telah menegaskan tentang penerimaan jiwa manusia terhadap kebaikan dan juga kejahatan serta persediaanya untuk beristiqamah di atas jalan yang lurus atau pun menyeleweng untuk ke jalan yang sesat dan ketika itu beliau berkata: " Kanak-kanak adalah amanah kepada kedua ibubapa nya dam jayomua Nerada di dalam keadaan bersih. Sekiranya kanak-kanak tersebut diajar dengan kebaikan, maka dia akan membesar dalam kebaikan dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Dan sekiranya dia disediakan dan diajar dengan kejahatan serta dibiarkan seperti binatang ternakan, dia akan menderita dan binasa. Untuk menjaganya hendaklah ia dididik dan diajar dengan akhlak yang mulia."



  3. Syaitan dan Hawa Nafsu

    Cabaran yang bersifat dalaman seperti ammarah yang menyeru manusia kepada kejahatan dan keinginan nafsu yang hina. Disamping itu , ugutan syaitan juga tidak kurang hebatnya untuk menyesatkan manusia, seperti surah al-A'raf 14-17 dan surah Fathir: 6, menjelaskan bahawa syaitan itu adalah musuh kepada manusia.

    Manakala, apabila berbicara tentang nafsu, kita harus tahu bahawa nafsu terbahagi kepada tiga iaitu; nafsu Ammarah, nafsu Lawwamah, dan nafsu Mutmainnah. Nafsu ammarah ialah nafsu yang tidak dihiasi dengan keimanan, ketaqwaan dan ianya tidak beriltizam denga(mrfakhrul.blogspot.com)n agama rabbani. Kebanyakannya ianya akan mendorong manusia untuk melakukan pelbagai kezaliman, kemungkaran, dan apa saja yang negatif kerana ianya didorong oleh dorongan syahwat dan adanya penerimaan kejahatan yang telah dibekalkan kepadanya untuk mendapatkan kelazatan. Dan begitu juga dengan berbagai-bagai dorongan.(Surah Yusuf: 53)

    Nafsu Lawwamah pula menurut Mujahid adalah nafsu yang mengeji dirinya sendiri di atas apa yang telah berlaku dan menyesali perbuatan jahat yang telah dilakukan serta menyesali terhadap kebaikan, kenapa dia tidak memperbanyakkannya. Dia sentiasa mengingatkan dirinya walaupun dia telah bersungguh-sungguh melakukan ketaatan.

    Nafsu Mutmainnah pula adalah nafsu yang berada di atas keimanan, ketaqwaa(mrfakhrul.blogspot.com)n, dan Islam. Dalam Surah al-Fajr: 27-30, nafsu ini merupakan nafsu yang paling mulia dan tinggi darjatnya kerana nafsu ini jauh berbeza dari nafsu-nafsu lain kerana ianya memiliki keistimewaan dengan ketepatan iman, keteguhan dalam keyakinan, ketaatan yang berterusan dan istiqamah di atas manhaj Islam.

    Didalam Al-quran juga, Allah telah menggesa hambanya(manusi(mrfakhrul.blogspot.com)a) supaya menjadi orang yang benar-benar beriman, bertawakal dan berlindung dengan Allah daripada Syaitan. (Surah al-nahl: 98- 100). Selain itu manusia yang lalai dari mengingati Allah, beribadat dan mentaatinya maka, syaitan akan menjadi teman yang akan menyesatkan dan memperdayakannya. (Al-Zuhruf: 36-37).

    Oleh itu, Umat Islam haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga dan sedar selepas ditimpa kealpaan dan segera bertaubat serta meninggalkan perkara-perkara kemaksiatan.

  4. Kristianisasi

    Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan (mrfakhrul.blogspot.com)perkara baru yang tidak diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golngan yang berjaya disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran kristian dan seterusnya masuk menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan.

    Golongan pendita dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih. Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat sedikit sebanyak membendung dan memeli(mrfakhrul.blogspot.com)hara Umat Islam umumnya dari gejala Kristianisasi. Oleh itu, langkah-langkah untuk kita mengatasinya kita haruslah mengukuhkan jentera dan agenda dakwah Islam menentang diayah.

    Seruan dan diayah mereka sebenarnya adalah seruan ke arah kesesatan dan penyimpangan. Mereka boleh menambahkan pengikut dalam keadaan jentera dakwah Islam lemah dan tertekan. Oleh sebab itu usaha hendaklah digandakan untuk meningkatkan kefahaman Islam dan peng(mrfakhrul.blogspot.com)hayatan ibadah dan nilai-nilai agama dalam masyarakat agar tidak ada di antara anak-anak orang Islam yang boleh terjerumus dalam kemurtadan dan bertukar agama menjadi pengikut faham kekufuran. Selain dari kejahilan kemiskinan juga antara penyebab mengapa segelintir umat Islam bertukar agama.

    Oleh itu usaha untuk membenteras kemiskinan dan kefakiran mesti ditingkatkan. Dana-dana membantu orang miskin perlu dim(mrfakhrul.blogspot.com)anfaatkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan yang semakin meningkat hasil dari kaadaan ekonomi yang merudum. Pengaruh budaya Barat dikatakan ikut menyebabkan orang Melayu menukar nama dan masuk agama Kristian, terikut-ikut menjadi pengamal budaya kufr. Pihak yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agama perlu peka dan melonjakkan usaha dakwah agar kekebalan dalaman di kalagan umat Islam dapat menjadi benteng akidah Islam yang ampuh menghadapi serangan Kristian dan Judaism.


Cabaran Luaran

  1. Cabaran Islamophobia

    Media massa tempatan dan di luar negara sama ada elektronik atau media cetak mempunyai peranan y(mrfakhrul.blogspot.com)ang penting dalam penyebaran ilmu. Walau bagaimanapun jika disalahgunakan ianya akan mengakibatkan beberapa kesan negatif seperti perlakuan jenayah, kegoncangan akidah, kehancuran akhakdan mampu memusnahkan nilai-nilai mulia. Ini disebabkan media massa mampu berbicara kepada berjuta-juta orang melalui program dan rancangannya menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dengan apa jua yang dilihat dan dibaca dan media massa ini tidak henti-henti menyiarkan rencana, pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya. Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Isla(mrfakhrul.blogspot.com)m dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia. Mereka mencipta musuh dan nama-nama baru tertentu untuk memungkin secara tersirat mereka mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia.

    Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.


  1. Komunis dan Aliran Kebendaan

    Membiarkan umat Islam dengan hiburan yang melailaikan dan penghayatan akidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx " Apakah ganti kepada akidah Uluhiyah?" Beliau menjawab: "Gantinya hiburan dan pementasan. Alihkan mereka daripada menghayati akidah Uluhiyah dengan hi(mrfakhrul.blogspot.com)buran dan pementasan".

    Pendekatan yang digunakan ialah melalui penggunan bahan b(mrfakhrul.blogspot.com)acaan seperti novel, majalah, akhbar, karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan, menghina dan memperolokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-mata serta mmenjadikanya sebagai tuhan.





  2. Adat

    Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam kehidupan seperti dalam adat perkahwinan. Sabda baginda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya sebaik-baik wanita ialah yang paling murah mas kahwinnya."

    (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya)


    Walau bagaimanapun sebilangan ahli masyarakat kini tidak mengikut cara hidup Rasulullah s.a. (mrfakhrul.blogspot.com)w. dalam soal adat tersebut. Mereka meletakkan belanja kahwin yang terlalu tinggi. Perkara ini menyebabkan timbulnya kesukaran di pihak lelaki dan akibatnya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bagi mereka yang lemah iman. Dimana sentimen ini telah menyebabkan lelaki yang gagal menikahi si gadis mengambil jalan mudah dengan menjadikan maksiat sebagai salah satu inisiatif untuk memperolehi nikmat dunia bersama si gadis tanpa memikirkan dosa dan balasan di akhirat sejurus menjadikan ianya salah satu cabaran yang serius dalam mendidik generasi masa kini untuk mempunyai jati diri dan akhlak yang mulia.


  1. Peperangan Yahudi


    Firman Allah swt:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya:

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ( Al Maidah 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.

Dalam protokol Yahudi ada menyatakan: "Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya Frued adalah daripada kalangan kita." Di antara apa yang dikatakan olehnya, seorang Yahudi dari Austria: "Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan (mrfakhrul.blogspot.com)cara mengungkaikan ikatan akhlak dan halangan daripada masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua. Hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka.



Sementara agen-agen rahsia mereka ialah Freemason, Rotary Club, Lions Club ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam. Mereka mempengaruhi manusia dengan program-progra(mrfakhrul.blogspot.com)m kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk membasuh pemikiran generasi kini, sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai ( الوصولية ).

  1. Perancangan Penjajah dan Salibiah


    Seorang tokoh penjajah terbesar berkata: " Segelas arak dengan seorang wanita cantik cukup untuk menghancurkan umat Muhamamad yang mana pengaruhnya lebih kuat daripada apa yang bolehh dilakukan oleh seribu senapang, lalu mereka dapat menenggelamkan umat itu dalam mencint(mrfakhrul.blogspot.com)ai kebendaan dan syahwat".


    Paderi Zwemer dalam muktamar pendakwah kristian yang diadakan di Baitulmaqdis: "Kamu telah mewujudkan di Negara Islam satu generasi yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghirau(mrfakhrul.blogspot.com)kan agama, cintakan kerehatan dan menjadi malas. Seluruh Keinginan di dunia di cari semata-mata untuk memenuhi kehendak syahwat, sama ada dalam masa belajar, mencari kekayaan atau mengejar pangkat. Semua ini dilakukan untuk tuntutan syahwat.


    Perancangan penjajahan salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih perhatian pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan Islam. Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk berusaha kea rah mencapai kemuliaan dan keangungan".


  1. Persekitaran


Rakan:


Pembentukan fizikal da rohani seseorang banyak tertumpu bersama rakan-rakanya dan

Ianya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Rakan-rakan lebih be(mrfakhrul.blogspot.com)rpengaruh

daripada ibu bapa, contohnya segala masalah diceritakan kepada rakan-rakan daripada ibu bapa. Selain itu untuk memastikan agar mereka diterima oleh rakan-rakan, mereka akan mengikut apa sahaja yang dilakukan atau disuruh oleh rakan mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya kawan yang baik itu ibarat pembawa (penjual) minyak wangi, apabila ia mendekati kita bau wangin(mrfakhrul.blogspot.com)ya pasti terkena dan melekat pada kita. Sementara kawan yang jahat itu ibarat tukang peniup serombong api, apabila ia mendekati kita bau asap api akan terkena juga pada kita". (Riwayat Muttafaq' Alaih)







Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Seseorang itu menurut cara hidup (agama) orang yang dikasihinya (rapat dengannya)."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


Keluarga:


Punca utama masalah anak-anak ialah disebabkan oleh persekitaran keluarga yang kurang menyenangkan . Sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, sentiasa bertengkar, masalah penceraian, kemiskinan atau yang mengabaikan anak-anak dengan member kemewahan fizikal semata-mata tanpa perhatian dan kasih saying juga antara penyebab anak-anak terli(mrfakhrul.blogspot.com)bat dengan gejala keruntuhan akhlak.


Masyarakat:


Masyarakat yang tidak perihatin atau tidak mahu mengambil tahu keadaan yang berlaku di sekelilingnya merupakan antara punca yang mendorang gejala keruntuhan akhlak berlaku dalam masyarakat. Mereka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu menjaga tepi kain orang.



  1. Globalisasi


    Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap negara-n(mrfakhrul.blogspot.com)egara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan "pertembungan tamadun" yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.



    Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak mengantika(mrfakhrul.blogspot.com)n imprialisme dan penjajahan.


  1. Kuasa Agensi Agama yang disalahgunakan


Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam masa yang sama(mrfakhrul.blogspot.com) pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.



Oleh itu kita harus reformasi semula Institusi dan Agensi Islam kerajaan agar agensi-agensi tersebut perlu dijadikan telus berkhidmat untuk Islam dan umat dan bukan untuk mengukuhkan jentera parti sekular yang memerintah. Petugas-petugasnya yang mendapat gaji dari rakyat mustahak bertugas untuk mendaulatkan Islam dan k(mrfakhrul.blogspot.com)uasa rakyat. Dengan demikian mereka akan dilihat sebagai ikhlas bertindak menguatkuasakan undang-undang yang memperkasa penghayatan dan dasar-dasar Islam dalam negara.

Sebab itu mereka perlu peka dan aktif menangani gejala penyimpangan golongan wartawan, politikus, budayawan dan activist NGO yang berkiblatkan Barat. Kalau mereka tidak melaksanakan tugas murni melindungi agama sebaliknya melindungi kepentingan politik Dato' dan YB serta parti sekular mereka dengan penuh emosi maka umat akan melihat mereka dengan penuh jijik dan meluat. Apatah lagi jika agensi itu hanya bertaring untuk menindas kebangkitan Islam dan activist Islam baik dalam lapangan politik (mrfakhrul.blogspot.com)mahupun dalam kegiatan sukarela. Dan ini semestinya menjadi cabaran yang nyata juga kepada kita untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia.




  1. Teknologi Informasi dan Telekomunikasi


Antara sebab kemunduran umat Islam dalam membentuk akhlak jati diri juga adalah akibat dari kekurangan pengusaan terhadap teknologi yang semakin berkembang di negara barat. Teknologi ini memungkinkan mereka menyebarluaskan propaganda mereka dengan berkesan . Melalui filem, CD, VCD television stal(mrfakhrul.blogspot.com)ite TV internet dan lain-lain mereka menyalurkan berjuta-juta patah perkataan imej, graphic dan diayah yang mempengaruhi umat Islam sehingga kehilangan jatidiri mereka. Dengan penguasaan yang canggih dalam bidang ini mereka dapat meneruskan penguasaan dan hegemony ke atas dunia Islam dan negara-negara Islam. Jentera prisikan mereka meredah masuk dalam berbagai jaringan sensitif pertahanan negara. Me(mrfakhrul.blogspot.com)reka mungkin lebih arif terhadap rahsia dalaman berbanding umat itu sendiri.


Oleh itu, Umat Islam harus menebus kemunduran mereka dalam bidang ini dengan tangkas dan gigih. Persaingan dan pertembungan memerlukan keilmuan yang tinggi dan teknologi yang terkini. Kita tidak akan menjadi khaira ummah dengan sifat lembam, mundur dan sekadar menjadi pengguna teknologi orang lain. Kita perlu memiliki cokmar rahsia kejayaan orang lain. Kita mesti menyaingi dan mendahului mereka sepertimana para leluhur Islam yang telah membina peradaban Islam dalam era kegemilangannya. Teknologi terkini mesti dikuasai, dikembangkan dan menjadi darah daging kita. Baik dalam bidang penyiaran, perhubungan, persenjataan, pemakanan, perkhidmatan dan lain-lain.









Kesimpulan


Sebenarnya banyak sekali ayat al-Qur'an dan hadith Nabi yang mengajar manusia dan orang Islam supaya menghayati dan(mrfakhrul.blogspot.com) mencontohi nilai-nilai akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat yang buruk dan keji seperti bohong, khianat, menipu, zalim, dengki, tamak, angkuh, suka berkelahi, suka mengumpat, suka mencela dan memfitnah, gila kuasa, gila pangkat dan lain-lain penyakit moral yang dikupas secara mendalam oleh ulamak silam yang terkenal seperti Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu umat Islam perlu memberi perhatian yang lebih mendalam kepada aspek kesucian moral dalam pengajaran, kefahaman dan penghayatan agamanya dan dalam membina keperibadiannya, supaya ia dapat menepati kehendak Allah (S.W.T.), iaitu "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia; kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah." (Al-Qur'an 3:110)

Berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar dan pengaruh budaya bebas yang berkembang dalam negara masa kini, tidak syak lagi bahawa usaha yang berterusan dan komitmen yang ikhlas daripada pihak kerajaan dan rakyat amat diperlukan untuk meningkatkan mutu integriti moral masyarakat Malaysia supay(mrfakhrul.blogspot.com)a matlamat negara maju mengikut "acuan kita sendiri" dapat dicapai. Pendekatan Islam Hadhari bertujuan membawa masyarakat Malaysia ke arah itu – suatu model kemajuan dan pembangunan yang holistik, dalam mana terdapat gabungan dan perimbangan yang wajar antara kemajuan kebendaan dan kemajuan moral, agar tercapai "kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di akhirat."

Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-penyakit moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib malang yang pernah menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti tamadun Romawi dan tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila kekuatan moral dan rohani yang menunjang integriti dan maruah(mrfakhrul.blogspot.com) bangsa dan negara lumpuh, musuh-musuh dari luar pun mengambil kesempatan untuk menyerang dan akhirnya berjaya menakluki negara-negara yang sebelum itu terkenal maju dan kuat. Seorang penyair Arab zaman moden yang termasyhur, Ahmad Shauqi Bey (1868-1932) telah mengingatkan umat Islam tentang kenyataan ini dalam sebuah rangkap syairnya yang bermaksud:

"Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh
selagi akhlaknya masih utuh,
Jika akhlak mereka sudah lumpuh
mereka pun akan lenyap."









Sumber Rujukan




  1. Buku Rujukan Prinsip-Prinsip Asas Islam CTU 101 UiTM


  1. Ciri-ciri Ungggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan

    Karya: Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi


  1. Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam

Karya: Prof Dr. Ahmad Shalaby


  1. Ekonomi Islam Dasar Dan Amalan

    Karya: Surtahman Kastin Hasan


  2. http://www.shukur.org/v4/component/cabaran%20Alaf%20Baru_files


  1. http://www.erti-islam/islamhadhari/index/page=cabaran&masa&kini


  1. http://khazalii.googlepages.com/home/cabaran%kini&akhlak%islam



--------PESANAN--------

//adalah TIDAK dibenarkan kepada sesiapa untuk melakukan "plagiarism*" atau (copy and paste) terhadap artikel dah hasil pengolahan yang dibuat oleh SAYA berdasarkan sumber YANG DICARI di internet, anda boleh mengambil ini sebagai sumber kajian, namun diharap anda mampu melakukan pengolahan atau "paraphrase' mengikut idea anda tersendiri. Jika anda mengambil ini 100% sebagai assignment anda, fikirkan dahulu keberkatanNya sepanjang hidup anda. Berkatkan ilmu di dada anda. hihihi

*plagiarism by students is a very serious offense that can result in punishments such as a failing grade on the particular assignment (typically at the high school level) or for the course (typically at the college or university level). For cases of repeated plagiarism, or for cases in which a student commits severe plagiarism (e.g., submitting a copied piece of writing as his or her own work), a student may be suspended or expelled. Many students feel pressured to complete papers well and quickly, and with the accessibility of new technology (the Internet) students can plagiarize by copying and pasting information from other sources.




This entry was posted on Saturday, May 23, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting