ORANG YANG MENCINTAI KAMU  

Posted by: Fakhrul Zakry in ,

ORANG YANG MENCINTAI KAMU


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaimu. Yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. Di mata dan hatinya kamu sentiasa yang tercantik walaupun kamu merasakan tidak.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS 'Selamat Pagi', 'Selamat Malam', 'Slmt Tidur', 'Take Care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya kerana dengan krirman SMS itulah dia menyatakan cintanya. Menyatakan dalam cara yang berbeza. Bukan 'Aku Cinta Padamu', tapi berselindung ayat lain selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari ulangtahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan telefon untuk mengucapkan selamat ulangtahun atau mengirimkan SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu. Bahkan mungkin kejadian yang mungkin kamu sendiri telah melupakannya. Kerana saat itu adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya. Dan saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu tak mungkin berulang kembali.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setipa kata-kata yang kamu ucapkan. Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka. Walau dia terpaksa korbankan sesuatu..
10. Jika kali terakhir kamu berjumpa, kamu sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kamu. Kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan dila ujian itu akan berlangsung. Dan saat harinya tiba, dia akan mengirimkan SMS 'Good Luck' untuk beri semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap ditelefon dengan kamu sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. orang yang mencintai kamu akan selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama kamu.

15. Jika satu masa kamu terpaksa berpindah atau pergi ke tempat yang lain, dia akan sentiasa mengingatkan kamu untuk berwaspada dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu. Tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap kamu.

16. Orang yang mencintai kamu akan bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan perkara-perkara SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirimkan SMS. Sebenarnya ketika itu dia memikirkan kamu.

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan perkara-perkara yang kamu pening kepala. Nemun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan meminta maaf dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarkan sesuatu, dia akan begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan kamu itu.

20. Jika kamu melihat H/Pnya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun kamu telah kirimkannya beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Kerana baginya setiap pemberianmu adalah berharga walaupun SMS.

21. Jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menghindarimu dan akan menghilang dari kehidupan kamu walaupun perkara itu membunuh hatinya.

22. Jika satu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan, dia akan menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23. Orang yang begitu mencintaimu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walau hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Jangan Sia-sia kan peluang yang ada....peluang hanya datang sekali sahaja...so rebutlah ia sebelum terlewat.....

This entry was posted on Saturday, March 28, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting