Najib "Jason King"  

Posted by: Fakhrul Zakry in


1. Gelaran yang diberikan pembangkang kepada Najib berdasarkan watak Hussein Abu Hassan dalam filem Laksamana Do Re Mi.

2. Sasaran asal mereka ialah untuk memastikan Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6.

3. Namun sekarang misi pembangkang sudah berubah iaitu untuk memastikan pula Najib menjadi PM paling singkat dalam sejarah.

4. Mereka juga melancarkan kempen untuk menanam Umno hidup-hidup dalam PRU ke-13.

5. Itulah yang dilaungkan dengan semangat berkobar-kobar oleh barisan penceramah pembangkang di Ampangan malam tadi.

6. Satu perasaan benci yang meluap-luap dipamerkan terhadap Umno. Tahap benci yang digambarkan pembangkang seolah Umno itu merupakan sebuah parti yang tersangat buruk dan tidak pernah langsung berjasa kepada rakyat.

7. Tidak cukup dengan itu, para pemimpin pembangkang ini memanggil segala Koling dan Cino dari NGO dan Parti Sosialis untuk menghentam Umno yang sekaligus turut menghentam hampir 4 juta ahlinya yang keseluruhannya Melayu.

8. Koling dan Cino kini diberi kesempatan seluas-luasnya oleh pemimpin pembangkang untuk mengutuk orang Melayu secara terbuka. Satu keadaan yang sukar dilihat sebelum ini, namun kini ia menjadi kemestian dalam setiap ceramah pembangkang.

9. Yang sedihnya, rata-rata yang mendengar ceramah itu adalah orang Melayu yang turut kelihatan gembira mendengar bangsanya sendiri dicerca dan dihina oleh Koling dan Cino.

10. Tak kira siapa pun, den cukup pantang mendengar Koling dan Cino mengutuk, menghentam dan memperlekehkan orang Melayu sewenang-wenangnya. Den tak tahulah orang lain macam mana, tapi den cukup menyirap darah. Kutukan tu pulak dibuat di tempat terbuka yang hadirinnya adalah 99% Melayu.

11. Inilah yang diperjuangkan pembangkang hari ini. Kesamarataan dan kebebasan yang diberikan seluas-luasnya kepada Koling dan Cino seolah-olah cuba menidakkan hakikat bahawa ini adalah tanah orang Melayu yang telah bermurah hati memberikan taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu.

12. Secara halus konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan Lee Kuan Yew dahulu, kini telah menjadi agenda pembangkang dan konsep ini turut diperakui secara terbuka oleh orang Melayu dalam Pas dan PKR.

13. Apa yang cuba dibuktikan oleh orang Melayu daripada parti pembangkang sebenarnya?

14. Mengapa dalam setiap siri ceramah pembangkang di Negeri Sembilan, mereka hanya menghentam Umno sahaja tanpa menyentuh 13 parti komponen lain dalam Barisan Nasional?

15. Tidakkah orang Melayu dalam parti pembangkang sedar akan agenda halus orang bukan Melayu yang cuba memporak-perandakan bangsa Melayu?

16. Tidakkah mereka perasan mengapa parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN tidak dihentam sehebat Umno oleh pemimpin pembangkang bukan Melayu?

17. Jika Brader Anwar Bin Ibrahim menghentam, mengutuk dan memperlekehkan Najib, ia sudah boleh diduga kerana ramai yang tahu bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim sangat takutkan Najib.

18. Lagipun hasrat Brader Anwar Bin Ibrahim untuk menyertai semula Umno masih belum kesampaian. Sebab itulah beliau ibarat cacing kepanasan. Nak jadi ahli PKR, ramai pulak koling. Nak join Pas, takut pulak kena hudud liwat. Nak masuk DAP, nanti Karpal paksa pulak dia bertaubat. Maka jadilah Brader Anwar Bin Ibrahim ibarat digantung tak bertali, bergantung harap pada orang yang tak sudi.

19. Semalam juga salah seorang penceramah yang pernah bertanding melawan KJ dalam PRU ke-12 di Parlimen Rembau telah memperlekehkan mubahalah yang dilakukan Najib dan menyamakan sumpah Najib itu seperti sumpah zaman kanak-kanak beliau dahulu.

20. Sumpah budak-budak yang belum akil baligh pun nak disamakan dengan mubahalah orang dewasa. Apa la punya singkat fikiran. Manusia macam ni pun orang percaya. Patutlah kau kalah dengan KJ.

21. Namun ceramah malam tadi berjayo jugak buek den tergolak. Perkaro ni belum pernah den nengok berlaku dalam siri ceramah pembangkang sobolum ni. Sebabnya, semasa penceramah terakhir iaitu AP Sungai Siput memulakan ceramah, kebanyakan yang hadir semua pakat-pakat blah. Hampir kosong jadinya kawasan ceramah tu.

22. He..he..he! Nampak sangat orang dah mula bosan dengar ceramah pembangkang.


//suka aku politik ni, aku pewaris keamanan bangsa, agama dan negara

This entry was posted on Tuesday, March 24, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting