Media Barat tak berani persoal tindakan Zionis  

Posted by: Fakhrul Zakry in

Media Barat tak berani persoal tindakan Zionis
Oleh Khaidir A Majid

KONSULAT Isreal di New York minggu ini menganjurkan satu pertemuan dengan 'blogger' untuk membincangkan kewajaran melancarkan perang ke atas Gaza. Seramai 2,500 pengendali blog dilaporkan menghadiri debat terbuka itu.

Perbincangan tidak diadakan dalam bahasa diplomatik. Malah blogger dilaporkan agak keras dalam mengemukakan soalan kepada pegawai diplomat Tel Aviv itu. Konsulat Israel melayan segala pertanyaan dengan penuh 'terus-terang.'

Ia tidak mahu kalah dalam perang di medan 'pendapat umum' ini kerana ia tahu cemuhan antarabangsa lambat laun akan menidakkan segala yang bakal dicapainya di medan perang sebenar. Walaupun demikian, secara rasmi Tel Aviv berkata, ia tidak berminat dengan apa yang dikatakan umum terhadapnya.

Rejim Zionis itu berkata, ia sedang bergelut dengan ancaman pengganas dan terlalu sibuk menjaga keselamatan rakyatnya untuk mengambil kisah mengenai pendapat umum masyarakat antarabangsa. Namun hakikatnya jauh daripada itu. Israel diketahui umum mempunyai cengkaman ke atas kebanyakan institusi media perdana di Barat.

Tidak banyak akhbar mahupun media elektronik di Barat berani menyoal tindak tanduk Israel meskipun mereka sendiri menjadi saksi kepada kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis itu.

Dalam perang berat sebelah ke atas penduduk Gaza yang dilancarkan Israel sekarang, rata-rata wartawan 'tersohor' Barat hanya duduk di hotel mewah di Baitulmaqdis yang dikuasai Israel. Mereka menunjukkan muka hanya apabila membuat 'stand-upper' di sempadan Baitulmaqdis-Gaza.

Berita yang dibaca dikumpulkan daripada bahan yang dikirim wartawan mereka berbangsa Arab yang menempuh maut di medan perang. Bagi berlaku adil kepada 'wartawan perang Barat' ini, pihak berkuasa Israel memang menyekat kemasukan wartawan asing ke Gaza sejak melancarkan operasi 27 Disember lalu.

Bagaimanapun, yang menghairankan mengapa institusi Barat itu � tidak seperti dilakukan Al-Jazeera � meletakkan petugas mereka di dalam Gaza sebelum perang itu tercetus. Bukankah sudah berminggu-minggu lagi agak jelas Israel memang mahu menyerang Gaza?

Berbalik kepada soal perang di medan pendapat umum. Walaupun Israel berkata ia tidak meminta untuk terbabit dalam perang itu, tindak-tanduknya pula menunjukkan sebaliknya. Jurucakap tentera Israel, Major Avital Liebovich sudah menjadi 'selebriti' di kalangan media Barat.

Pegawai askar wanita itu kerap memberi kenyataan kepada media Barat, menjawab soalan 'sukar' dan menyediakan angka kematian musuh. Duta Israel, terutama di Amerika Syarikat dan Eropah turut diberi peluang mengutarakan hujah mereka di televisyen Barat.

Kementerian Pertahanan di Tel Aviv tidak mahu ketinggalan dengan memuat video serangan udara jet pejuang mereka ke dalam YouTube bagi tatapan masyarakat internet di seluruh dunia. Mesejnya serupa iaitu Israel sebuah negara kecil yang mahu keamanan, sedang diancam pengganas Hamas.

Israel hanya menyerang Gaza untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang setiap hari hidup dalam ketakutan berikutan serangan roket Hamas. Dalam kesibukan Israel cuba mempengaruhi pendapat umum itu, pihak Palestin tidak pula banyak bersuara.

Hanya beberapa kenyataan pemimpin Hamas saja kedengaran, itu pun hanya disiarkan media Arab dan Muslim serta Al-Jazeera. Namun, ini tidak bermakna mereka sudah kalah dalam perang di medan pendapat umum ini. Malah, tindakan kejam tentera Israel sendiri sudah membatu Palestin dalam perang propaganda ini.

Imej kanak-kanak mati dan wanita menjerit ketakutan yang banyak terpapar di kaca televisyen dan dada akhbar di seluruh dunia, termasuk di Barat sendiri, memastikan siapa yang memenangi perang di medan pendapat umum.

Simpati di seluruh dunia sekarang jelas berpihak kepada Palestin sekali pun media Barat cuba menidakkannya dengan terus memaparkan Hamas sebagai pengganas yang perlu diperangi. Tunjuk perasaan sudah mula dilihat di bandar utama di seluruh dunia dengan disertai bukan saja oleh orang Arab dan Islam, malah juga mereka yang menentang sebarang bentuk kekejaman.

Selain di negara Islam, bandar utama Barat dan negara bukan Islam turut mengadakan bantahan terhadap kekejaman Israel ini. Jelas tanpa diragui lagi siapa yang memenangi perang di medan pendapat umum. Israel menyedari hakikat ini.

Berikutan itu, walaupun ia berjaya menghapuskan seluruh 1.5 juta penduduk Gaza sekali pun, seluruh dunia sudah tahu siapa pengganas sebenar.

Penulis ialah Pengarang Luar Negara Berita Harian



//source: Bharian



sedekahkan Al-Fatehah kepada mangsa-mangsa Di Palestin dek keganasan Israel Yahudi Laknat yang telah membunuh ratusan umat Islam yang tidak bersalah..

This entry was posted on Friday, January 09, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting