Masalah Sosial di Kalangan Remaja  

Posted by: Fakhrul Zakry in , ,

Assalamualaikum kengkawan yang sudi membaca. Hari ini “uncle*” nak cerita panjang sedikit tentang masalah sosial di kalangan remaja umum nya REMAJA MELAYU BERAGAMA ISLAM. Kenapa? Anda akan tahu nanti.

Hari ini, uncle dan sahabat* uncle enjoys di Air Terjun Sekayu.(best.) dan perjalanan kami agak kelam kabut dek kegesaan mereka yang on the spot call aku yang tengah mamai baru bangun tidur dan dengan tetiba ajak pergi sekayu.

Kemudian , ketika dalam perjalan beria-ria dengan sheikh bersemangat membawa guitar yang tiada fungsi ketika perjalanan ini, dengan secara tidak sengaja telah melanggar gunung ciptaan Lembu di tengah jalan. (Breeewkk) ; itu adalah bunyinya.

Sejurus tiba di sekayu, kami mencari-mengusha tempat yang best untuk melabuhkan punggung dan menjunam mandi, akhirnya kami decide untuk mandi di atas. Namun, sayang tempat sudah diambil orang (ramai orang actually). Kami tidak Kisah . Lantas kami cari port untuk taruk barang and sheikh is the one yang so semangat pergi mandi dulu.

 

Dan disini lah aku melihat moral anak melayu dimana letakkanya?. Tidak mengira lelaki atau perempuan. Dan ini bukanlah Stigma atau dikriminasi dalam menjatuhkan bangsa Melayu kerana aku juga adalah berstatus bangsa – Melayu. Anak mataku memandang sekumpulan anak-anak muda yang sebaya dengan aku berseronok dalam memenuhi nafsu enjoy dunia remaja mereka. Aku tidak pasti akan hal ini namun apa yang aku pasti, anak-anak gadis tidak seharusnya sebegitu bebas dengan sekumpulan ‘kawan’ lelaki mereka. Tanpa segan silu lelaki memegang pinggang perempuan ala-ala mengajar berenang di dalam air .Ohh wtf.

Aku tidak kisah tentang lelaki itu. Namun aku terfikir apakah perempuan itu sedar bahawa maruah nya boleh tercalar ? Dengan selambanya bersama puluhan lelaki di puncak air terjun, bermandi ‘rambang ’, dan aku juga melihat beberapa orang lelaki yang sedang syok ‘skodeng’ couple yang sedang hangat bersama di celah-celah batu. Aku ‘mengeleng’ , kenapa perlu hal ini berlaku di kalangan masyarakat melayu, bangsa melayu, bukan kah kita terkenal dengan adat ketimuran? Bukankah nenek moyang kita mewariskan kita dengan adat-adat yang penuh dengan budi pekerti? adakah kita sekarang sudah lupa dan menjadi kuli setan-setan laknattullah.?

Aku bukanlah sempurna dan aku juga tidak lari dari membuat silap, namun aku masih lagi menjaga air muka ibu bapa ku dan sudah pasti aku tidak akan sesekali membiarkan maruah hilang dengan mudah.

*saja guna uncle. bosan. haha

**fahmi,sheikh,dzul. :x

p/s: Selepas sampai rumah, aku diberitahu bahawa laptop akak aku kena curik. Menangis tak berlagu, habis semua file and kerja office hilang. Orang pecah kereta member dia. aduiya. and Lusa i will going to Kelantan. Mydad mahu beli laptop baru lah untuk dia. alolololo…

This entry was posted on Tuesday, June 16, 2009 and is filed under , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting