Gaya Lelaki....  

Posted by: Fakhrul Zakry in

Gaya Lelaki: Cool Atau Tidak?


Jika anda masih ingat, tidak lama dahulu GUA ada buat satu artikel tentang fesyen pakaian lelaki yang mampu memikat wanita untuk janji temu pertama. Macamana dengan panduan itu? Ada atau tidak di antara anda yang mengikuti cadangan GUA itu? Kalau ada dan percubaan itu berjaya, GUA ucapkan tahniah!

Kepada lelaki-lelaki yang masih tidak memandang berat tentang penampilan anda, kali ini GUA beri peluang untuk anda mengetahui pendapat beberapa wanita tentang fesyen yang mungkin anda gayakan pada setiap masa.

1) Jersi bola


Perhatikan sekeliling anda, pasti ada di kalangan lelaki yang lalu-lalang memakai jersi. Di pejabat GUA ini pun ada dua tiga orang individu yang suka mengenakan pakaian sebegitu sedangkan ia sangat tidak sesuai untuk ke pejabat. Agaknya mereka ini hendak tunjukkan kesetiaan kepada pasukan bola kegemaran mereka. Namun, apabila GUA tanyakan kepada beberapa rakan lelaki yang rapat, alasan yang diberikan ialah ia mudah (tak perlu digosok), ringkas dan sporty.

Ini pula pendapat kaum wanita:

Shahira, 23 tahun
“Saya masih belum mempunyai teman lelaki, tetapi kalau boleh saya mahukan lelaki yang ada ‘taste’ dalam berpakaian. Kalau ke mana-mana asyik dengan jersi bola, itu menunjukkan lelaki itu memang seorang yang cincai dalam berpakaian.”

Amylea, 25 tahun
“Lelaki dan jersi bola. Kalau tidak silap saya, pakaian itu cukup popular tidak lama dahulu. Ke mana sahaja kita pergi, pasti ramai lelaki yang menyarungkannya. Untuk masa sekarang saya rasa fesyen begitu agak ketinggalan. Lebih sesuai dipakai ketika berada di rumah atau minum teh tarik di kedai mamak!”

2) Rambut ala punk

Fesyen rambut lelaki sekarang ini boleh dikatakan seiring dengan fesyen rambut wanita. Sudah ramai lelaki yang berani menggayakan fesyen rambut yang ekstrem atau mewarnakan dengan warna terang. Salah satu fesyen rambut yang menarik perhatian GUA ialah gaya ala punk yang tercacak. Terus-terang GUA katakan, GUA tidak mahu teman lelaki GUA gayakan fesyen rambut sebegini. Tak berkenan langsung! Apa kata wanita lain?

Hanna, 21 tahun
“Hanna ini seorang yang suka mencuba sesuatu yang lain. Rambut Hanna pun sudah banyak kali diubah gaya. Rebonding, kerinting, diwarnakan dan dipotong secara bertingkat semua Hanna dah cuba. Jadi, Hanna tidak kisah kalau teman lelaki Hanna berambut ala punk. Apa salahnya. Pasti dia seorang yang yakin pada diri sendiri.”

Hazwani, 28 tahun
“Tolonglah jangan keluar dating dengan saya kalau anda berambut punk. Itu yang boleh saya katakan. Saya memang tidak berkenan langsung dengan gaya rambut ini. Apa salahnya gayakan rambut yang kemas. Senang hendak dibawa berjumpa bakal emak mentua pada bila-bila masa.”

3) Skinny jeans

Seluar jeans ini makin ramai diminati sama ada wanita atau lelaki. GUA tidak kisah dengan item fesyen yang ini asalkan ia bijak digayakan dan sesuai dengan individu tersebut. Kalau bertubuh besar atau boroi, janganlah gayakannya. Shahila dan Zurina setuju atau tidak?

Shahila, 26 tahun
“Teman lelaki saya suka gayakan skinny jeans dan saya tidak kisah dengan pilihannya itu. Saya rasa dia nampak ‘outstanding’ apabila memadankan skinny jeans dan t-shirt putih kegemarannya. Maklumlah, teman lelaki saya itu tinggi lampai.”

Zurina, 28 tahun
“Saya pun tidak kisah dengan lelaki yang gayakan skinny jeans. Kalau sesuai dengan dirinya apa salahnya. Tapi, saya lihat fesyen ini hanya digemari oleh golongan remaja. Lelaki yang berusia 30-an rasanya tidak ramai yang memakainya. Apa pun, saya ok aje kalau teman lelaki saya ingin memakainya.”

4) Bawa sikat ke mana sahaja

Perasan atau tidak, ketika zaman 80-an ramai lelaki yang suka membawa sikat kecil yang berwarna kuning jika ke mana-mana. Sikat itu diletakkan di dalam poket belakang seluar jeans. Rasa-rasanya, sekarang ini ada atau tidak lelaki yang berbuat begitu? Kalau ada, apa penerimaan kaum wanita di luar sana?

Marini, 30 tahun
“Saya masih ingat lagi dengan trend itu. Ketika itu saya masih di sekolah menengah. Kalau sekarang ini ada lelaki yang berbuat begitu, mesti nampak kelakar. Macam ketinggalan zamanlah pulak. Lagipun sekarang ini bukan ke sudah banyak produk rambut yang boleh kekalkan gaya rambut? Tak perlulah susah-susah bawa sikat dalam poket.”

Rinisa, 26 tahun
“Bawa sikat dalam poket? Ee! Tak sesuai sangat. Janganlah teman lelaki saya berbuat begitu. Pasti saya akan malu dan suruh dia buang aje sikat itu. Nampak tak cool dan ketinggalan zaman. Kalau ye pun hendak bawa sikat, lebih baik simpan di dalam beg galas yang dibawa. Tak perlulah tunjukkan pada semua orang. Secara peribadi, saya anggap lelaki yang bawa sikat dalam poket itu seorang yang tidak yakin dengan diri sendiri dan kurang bergaul.”



source:

This entry was posted on Friday, June 12, 2009 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 ciuman

Jersy....Always not a stylish outfit to wear tp kalau cut dia kita ubah sikit cth kalau kita buat sdikit fit kat badan(jersy kan biasa nya besar menggelebeh) tp bukan totally fit cam baju ppuan..warna ok,then rasanya cantik kot..

Skinny jeans-cantik tapi kalu too skinny cm hodoh pulak..bkn suma org dpt trima..aku dulu benci gk tgk org pakai skinny jeans pi sejak dh akhir remaja ni(chehhh!!!) rasa cm xtylo gak pakai skinny J.Kalu pakai skinny J,baju mesti sesuai!Always remember paki baju yg fit kat badan(not tottally fit as i mentioned b4)Kalu fit sgt will look silly!!!Checker or tshirt(collar o wthout collor)shall be OK.

Rambut..natural look(ada gk yg panggil gy bangun tido-p bkn rmbut kusut masai k)is da latest trend 4 both men n women..jgn terpacak yg overdone=buruk,statik,robot..
Kalu nak warna rmbut,org islam sy tak galak kan xcept kalu nak tutup uban,blh guna inai!Bleaching ok sbb msk wudhu'.

Sikat dlm poket(melampau !!!!kalau bwk everywhere everyday!!!)
Wajib bawak kalau pegi kaw yg agak jauh cth kalu gi mall,party(kalu ada laki rambut panjang mgurai la !!)

Sekian komen dari sy...

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting