DEMI MASA "manusia" selalu terlupa  

Posted by: Fakhrul Zakry in ,

DEMI MASA "manusia"(MELAYU) selalu terlupa


Bismillahirrahmanirrahim...

Di mana boleh cari ramai Melayu?


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak je mu-je mu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurangsangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Subject:
'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari=24jam

Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu

365 Hari
8760 Jam

525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

< 60th
> 70th
60 th - 70 th
(65th)

Chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun

Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:



Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50tahun





50 tahun digunakan untuk apa?




Catatan:





50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam



Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama..... ....!





Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya:Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kitaakan tertidur dari dunia untuk selamanya......

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000jam = 25 tahun
Aktivitidisiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat:menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan......



17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun






Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirmanyang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untukberibadah kepadaKU".
Mautdatang menje mput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmuitu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudahmencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatankita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja carinafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidupbermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yangmenolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh!mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
Karena kita fikir; solatwajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untukmembuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itumencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5xsolat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam = 18250 jam = 2 tahun

Kesimpulan:
waktu yang kita manfaatkan dalam 50tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalausolat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatankita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solatkita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupuntidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam hartakekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatankita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kitaumat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasankelalaian............
Terlalu banyak masa yangterbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadibencana............

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupunwaktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negerikita...Akhirat



TAMAT
"Bukansuatu paksaan untuk di sebarluaskan"

"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

This entry was posted on Friday, March 06, 2009 and is filed under , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting