Demonstrasi Pelajar Uitm Perlis  

Posted by: Fakhrul Zakry in


DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.

Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari kolej kediaman sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di Padang Rani di pekarangan kampus kira-kira pukul 5 petang.

Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Hamidi Abd. Hamid serta pegawai-pegawai kanan UiTM Perlis turut menyertai perhimpunan selama sejam itu.

Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.

"UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.


//Petikan dari utusan.



[serius gitu! smangat tuh..knapa ko tsengih pa'an]


ni aku post sebab nak bagitau yang aku pun join demonstrasi tu.. aku sebagai pelajar Uitm ada hak ok! dan sungguh memalukan jika aku seorang menteri besar yang berbangsa melayu dan beragama islam atau lebih dikenal pasti sebagai BUMIPUTRA (some of bumiputra in sabah and sarawak is not a muslim) sanggup mempergunakan dan mempertaruhkan keistimewaan bangsanya demi meraih sokongan dari kaum lain untuk kepentingan individu dan parti.


//harubiru



//spriritual

This entry was posted on Monday, August 04, 2008 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 ciuman

Post a Comment

Advertisement











Super Spy


advertisement



Malaysia Web Hosting